Monday, August 30, 2010

MALAYSIA 1

Tadi,aku baru tengok video NAMAWEE-NEGARAKUKU~
well...sebab tadi nama dia kuar berita lagi..

btw..bkan apa
aku rasa aku tao apa yang dia cuba nak beritahu..tentang polis yang x adil..hak keistimewaan melayu..
dan macam2 lagi...bagi aku dia hanya seorang warga MALAYSIA yang berfikiran cetek..
kesian...mungkin dia tak mengerti

kemudian,ada segelintir orang2 yang comment tu dah timbulkan racist issues!
tak elok lah...
kita dah masok 53 tahun MERDEKA !!
sepatutnya ..minda kita dah matang...kita dah tahu,dah faham apa yang berlaku kat negara kita
untuk orang melayu yang komen tu...aku tahu korang cuba nak bagitahu yang hak keistimewaan melayu tu isu sensitif...tapi,cara korang SALAH...kita sebagai orang ISLAM.. bukan cara kita menegakkan kebenaran dengan kekerasan...dari niat korang nak 'jihad' tu...alih alih,dah memburukkan nama agama dan bangsa
kita(melayu) juga perlu sedar,tanpa bangsa cina dan india...kita TIDAK AKAN PEROLEH KEMERDEKAAN!!
KEMERDEKAAN kita pun bukan semata-mata bersandarkan pada jasa TUNKU ABDUL RAHMAN..tapi TUN TAN CHENG LOCK,dan TUN V.T SAMBATHAN.. korang lupa ke?
jadi segala isu perkauman dan hak keistimewaan orang melayu serta agam islam tidak boleh disentuh..
untuk bangsa lain..maaf kalau terkasar,tapi bangsa melayu adalah bangsa asal negara MALAYSIA..
negara ini dulu dikenali sebagai TANAH MELAYU..malah,kajian arkeologi juga dah membuktikan bahawa penduduk asal TANAH MELAYU adalah orang melayu..malah,sewaktu PARAMESWARA tiba di MELAKA...memang sudah ada penduduk asal yang terdiri dari nelayan yang tinggal dalam perkampungan...
masyarakat dah ada ..cuma zaman tu mereka tiada pemimpin..
mungkin segelintir bangsa cina memang tidak puas hati dengan orang melayu kot..
sebab rata-rata yang menimbulkan isu perkauman..kurang bangsa India..
maaf..ini pendapat sahaja..
aku cuma nak bagitahu..supaya kita lupakan apa yang berlaku...
"Buang yang keruh,Ambil yang jernih"

Sekarang,tiada lagi bangsa CINA-INDIA-MELAYU...yang ada cuma BANGSA MALAYSIA ! :)
itu yang sepatutnya...aku tahu ketiga-tiga bangsa ini bangsa yang baik-baik...sebagai bukti,aku pun ada ramai kawan berbangsa india dan cina..mereka semua COOL~ walaupun sering mengusik..tapi biasa lah.. teenagers rite ? :)
Memang dari zaman sekola kita kena semaikan semangat perpaduan ni..KITA SEMUA ADALAH 1 KELUAGA ! dalam 1 MALAYSIA... :)

Untuk remaja...kita adalah pemangkin peneraju negara masa hadapan..(sorry kalau x faham..)
Jadi,semuanya bergantung pada kita...dan aku harap kita jangan contohi perkara2 buruk yang dah berlaku dan lahirkan semangat perpaduan yang tinggi di kalangan kita..
INSYAALLAH.. :)

sebenarnya banyak kebaikan yang boleh dikecapi apabila kita bersatu sebenarnya.. 
antaranya kita dapat memahami fahaman agama-bangsa orang lain... juga,makanan2 sedap pun kita dapat rasa..nasi lemak-roti canai-mee hailam-sup sayur-pau-kari kambing-kurma ayam-mee goreng.. (fuhh~ )
banyak lagi.. :)
itu sajalah CELOTEHAN aku kali ni..

sempena hari 31 AUGUST 2010 hari ni..
aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA ! :)
doaku agar kemerdekaan kita semua dikekalkan dan ganerasi muda sekarang lebih berfikiran merdeka(bebas dari segala kejahilan) dan matang...amin~

No comments:

Post a Comment