DISINI AKU AKAN TERANGKAN SERBA SEDIKIT TENTANG PERILAKU LELAKI YANG WANITA PERLU TAHU
WALAUPUN BUKAN SEMUANYA TEPAT
- Jika lelaki dah boleh ingat tarikh lahir korang-tarikh korang kenal-kenangan pahit manis-bila korang gaduh..tu tandanya anda wanita istimewa di hati dia
- Bila korang sedang berbual..dan mood kami bertukar bengang..tiba-tiba dia suruh anda tinggalkan dia...sebenarnya dia nak anda masih setia bersama dengan dia..dengar apa masalah dia
- Bila dia tengah diam lepas anda cakap sumthing yang menyakitkan hati dia..bagi dia masa nak cool dulu..baru pujuk..kalau tak,anda akan buat api marah dia lagi marak..
- Lelaki TAK perlukan seorang lagi IBU ! kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia..tak mustahil anda akan ditinggalkan
- Kalau anda nak menangi hati lelaki...rapatlah dengan mak dia,keluarga dia,kawan2 dia..jadi dia akan melihat anda boleh menerima dia seadanya
- Jika anda tengah merajuk..then dia call anda..tapi anda x angkat..jangan lebih dari 5 kali..rata-rata lelaki akan stop call untuk pujuk lepas panggilan ke-5 yang x diangkat..dia akan beranggapan..'alahh..esok oke lah..' jadi kalau korang jenis yg nak dipujuk cepat..angkat la..
- Lelaki akan rasa terancam kedudukannya(sebagai pasangan anda) apabila anda berhubung dengan lelaki lain selain dirinya..bukanlah sebab dia tak percaya pada anda,tapi dah sifat semulajadi lelaki akan PROTECT apa yang dia sayang...walaupun mungkin bagi anda,lelaki(lain) tu hanya kawan je..tapi dia tak akan duduk diam..Bukan sebab dia nak mengongkong..tapi dia lebih bersikap berjaga-jaga..dan ini semua kerana dia sangat sayangkan anda..
- Lelaki tidak suka kepada perempuan yang merendahkan orang lain
- Lelaki tak suka kepada perempuan yang tergila-gilakan dia..baginya,biarlah timba cari perigi..bukan PERIGI CARI TIMBA
- Definisi CINTA bagi lelaki berbeza bagi setiap orang..
- Lelaki mengalami masalah untuk mengucapkan kata CINTA depan2 anda(wanita)..walaupun dalam mesej,Call..dia berani..tapi tengoklah..bila depan2..kaku habis!! melainkan dia betol2 maksudkannya..
- Lelaki memandang wanita dari segala sudut..dari tarikan seks,emosi,rohani,jasmani dan sebagainya
- Bila keluar date..elakkan bagi beg-tangan anda (wanita) dipegang/bawa oleh lelaki..sebab dekat sini hilang sifat kejantanan dia..and ini dah mula menampakkan yang anda adalah seorang yang suka mengawal pasangan
- Lelaki suka mengejar perempuan yang 'PLAY HARD TO GET!'.. bagi mereka..itu satu cabaran untuk mendapatkan anda..jadi bila dah berjaya memenangi anda..anda akan lebih dihargai ..
- Lelaki juga MENANGIS
- Lelaki juga amat MEMENTINGKAN PENAMPILAN
- Lelaki juga amat menitikberatkan soal penjagaan RAMBUT
- Bila anda ajak keluar date..mereka memberi alasan..'ada hal dengan mak(atau nama adek bradik-sedara mara permpuan) I ' maknanya..memang dia ada hal dengan MAKwe dia lagi satu..jadi,siap sedia untuk menyiasat
- Jangan menggunakan perkataan 'kau-weyh-hoi-dowhh' dengan buah hati(lelaki) anda..dia amat sensitif tentang perkara ini..
- Jangan melayan lelaki(teman anda) sama seperti anda melayan kawan-kawan lelaki yang lain kerana dia akan merasakan bahawa dia tidak ada apa-apa keistimewaan apabila bersama anda kerana anda melayannya macam kawan biasa..jadi,dimana letaknya istimewa itu?
Rata-rata dari anda akan mempersoalkan artikel ini tapi inilah yang sebenarnya berlaku..kalau tak percaya..buka mata,buka minda.. SEMOGA KITA DIRAHMATI ALLAH
sekian.
cuba kau dengar...
ReplyDeletecuba kau cuba....
dengar bila ku cuba...
untuk berbicara dengan kamu...
aiman.. kau gedik lah~ :D
ReplyDeletesiapa sebenarnya aku padamu?
ReplyDeletemungkin sama dengan teman lain yang bisa kau buat begitu...
dan bila tiada lagi teman bermain..
kau pulang mendapatkan aku...
itulah aku padamu...
:)
aceceyyy. nk bg sapa baca ni ha? haha
ReplyDeleteaiman : MEMAHAMI nampak~ ahaha
ReplyDeletefadh : hey..utk kawan2 ku yg mempunyai msalah dengan lelaki.. :)