Friday, December 31, 2010

HAPPY NEW YEAR

SELAMAT TAHUN BARU
2011


Jadi kawan2..apa kah azam tahun baru korang ?? :)
Tapi sebelum tu..
JOm kita kenang balik semua coretan coretan kasar dari kisah kita masing2 pada tahun 2010
BOMBLASTIC isnt it? ;)
pada tahun baru ni...1 Januari 2011..hari pertama pada tahun 2011,bagaimana korang rasa? macam mana korang nak hari ni berlalu?
Mestilah nak sesuatu yang positif kan?
Kalau negatif yang terjadi..jangan lah risau..semua tu ada hikmahnya..
semua nya rahsia di atas tu~~ ;)   ALLAH YANG MAHA ESA .. :D

segala yang terjadi pada tahun 2010,
apa yang baik..kita jadikan kenangan
apa yang kurang baik..kita perbaikilah..
Jadikan diri kita lebih baek dari benda2 ni semua..
betol?

Tahun baru jugak kisah baru..
Agak agaknya macam mana kisah kita pada tahun ni?
x sabar kan ? ;)

Tahun baru juga..setiap orang membawa azam masing2 !
ada yang bawak dari tahun lepas..ada yang buat baru..
jadi?
apakah azam korang..
kalau aku..aku?
haha
CHECK THIS OUT ::

  • Jum kita menambahkan keimanan
  • Jum Gemok
  • Jum struggle hard
  • JUm kita perbaiki hubungan dengan kawan-kawan kita
  • Jum kita tapis balik kawan-kawan kita
  • Jum kita menghasilkan duit
  • Jum kita berjimat
  • Jum kita perbaiki diri kita..apa yang tak betol kita buang..apa yang betol..kita mantapkan.. :)
  • Jum kita mulakan hidup baru
  • Jum kita menjadi seseorang yang tak penting  (stOP being THE MAN)

Itu antaranya lah.. :)
Ini aku..kau orang pulak macam mana ?? :D
 

Cahaya

Alamak
Makin jauh lah cahaya tu
Macam mana ni..? :(
Aku perlukannya..
Tolong jangan pergi..
CAHAYA ! aku perlukanmu !!
JANGAN PERGI

Maafkan aku..
Berilah aku peluang kedua
Aku cuba,tidak akan aku malapkan lagi cahayamu
Maafkanlah..
Duhh~
Boleh ke dia maafkan aku? :(

Cahaya..
aku ini tanah..
tanah ini sering kotor
oleh itu cahaya
aku pinta kau maafkan lah aku..
fahamilah aku..
aku perlukan kau
walau aku selalu tidak mengatakannya..
tapi itu hakikatnya

Jika aku kehilangan AIR dan UDARA..
aku maseh boleh
tetapi tolong jangan engkau,Cahaya
Maafkan lah aku..

Tolonglah kembali..
:(




nukilan waktu 'bosan'

Wednesday, December 22, 2010

hey ANDALASIANS !! buah tangan untuk korang niyh.. :)

 
Salam
well..ini sedikit buah hati untuk korang.. :)
sorry la aku ada amik gambar-gambar ni dari korang secara curi-curi..
tapi ni cara untuk aku tunjukkan tanda penghargaan aku untuk korang sebagai kawan aku ..





Tuesday, December 14, 2010

KEMEREPEKAN

Jejariku masih aktif menekan punat kekunci ..meski tahap bukaan mata tidak sampai dari beberapa inci..
setiap inci sel kulit mata makin asyik menarik antara satu sama lain..mengulit sesama sendiri untuk tertutup rapat
menyatakan bantahan dari terus 'bekerja' .. sabarlah mata.. sedikit sahaja lagi .. :)

Kawan kawan ku.. aku minta maaf ..
Aku mula rasa aku tidak sesuai untuk bergaul dengan korang semua..aku dah mula rasa terpinggir
aku seperti terperangkap di dunia ku.. ego ku tinggi menghalang aku bergantung harap kepada kalian..Jika korang dapat menyelami maksud hati sebenar.. bukan maksud untuk aku meninggalkan kamu.. bukan maksud aku ingin menabur janji paslu persahabtan yang utuh .. itu pasti insyaallah .. tetapi aku tak pasti jika aku bersedia dan layak untuk bersahabat dengan kalian..sesungguhnya bila aku keseorangan..aku banyak berfikir..
yang aku kurang memberi sinar .. kurang memberi bakti pada kalian .. aku rasa aku membebankan..
Naim : OMEN~
haa.. okeyh bro.. i understand that .. very much of it .. :)
Aku tidak terluka sedikit pun..tetapi sering aku rasa aku makin kurang memahami kalian..
Aku boleh menjadi teman yang baek..tetapi mungkin bukan pada masa yang lama .. 
Bukan maksud aku ingin meninggalkan kalian ..
Tetapi aku ingin mencuba dunia baru yang getir tanpa kalian semua disisi.. 
Mungkin jikalau kalian perasan..aku sedang menjarakkan diri..
secara perlahan.. Ingin aku tegaskan ...tiada apa2 yang bermasalah di dalam persahabatan kita..
cuma mungkin sekarng aku perlukan masa untuk berseorangan..tanpa kalian dalam hari-hari yang biasa aku lalui
Niat aku ingin melihat sejauh mana kebolehanku tanpa korang
Mungkin ini agak seperti mementingkan diri..tapi inilah yang ku termampu..
Tolonglah... berlagak seperti biasa..biarlah aku yang memainkan peranan..
Aku akan cari korang bila korang perlukan aku...dan korang boleh cari aku bila ada masalah...
berlagak seperti biasa,, cuma disini aku ingin tegaskan aku inginkan masa bersendirian.. sekian
maaf bagi anda yang terluka dan terasa..


Friday, December 10, 2010

(AZAM EKSPRESS) kroih-kroih-kroih~

Tajuk di atas tade kena mengena dengan orang yang bernama AZAM atau pun AZAM yang menaiki BAS EKSPRESS  okeyh?
Ini tentang aku.. :)
Yup..aku lagi...kalau suda bosan
bola tekan button CLOSE di bahagian atas paling kanan .. ;)

OKEYH !!
jadi aku ada azam yang aku hendak capai dalam masa 4 BULAN ni !
antaranya

AKU NAK GEMOK !!
(tapi bab makan,aku sangat memilih)

AKU NAK AMIK LESEN KERETA !!
(drive safely)


AKU NAK PUTIHKAN KULIT !!
(lagi mengancam! ngee~~ XDD  )

AKU NAK MAIN ICE-SKATE !!
(kalau jatuh..aku jatuhkan sekali orang yang berdekatan! )

AKU NAK KEJA dan KUMPUL DUIT !!
(fulus!!)

AKU NAK KEMBALI MENARI !!
(menari boleh mengelakkan buncitt~)


AKU NAK GEMOK!
GEMOK!
dan
GEEEEMMMOOOOOKKK !!!
fuhhhh~

Mari kita tengok... azam mana yang aku boleh capai...
tapi tadi naim cakap dengan aku..yang lain boleh..
tapi kalau kau nak jadi gemuk.. FOREVER NEVER ~~~
hahaha !! X))

Cuba kalau orang tanya..
'camne nak kurus ek?'
senang je.. exercise banyak2 ! diet ! kawal makan .. :))
TAPI
kalau ..
'camne nak gemok ek? '
senang je..ko makan tido..makan tido..makan tido..
hahahaha... 'senang' ?
untuk makan dan tido SAHAJA lah benda yang paling SUSAH !! 

haha.. kau orang rasa..
aku boleh gemok tak?
sesuai tak ? x))

Wednesday, December 8, 2010

Khas Untuk You .. :) 'special for HAZIRAH'

Hey Hazirah.. :)
Thanks for everything.. for being such a good companion in class.. :D
Like i said before
Bila aku tade nanti..mesti kau rindu aku ek.. hahah
Its not like i dont want u to miss me lah..
u got it all wrong !
itu saja je aku kacau2 kau.. aku nak kau ingat aku..bila aku dah tade nanti ..
itu sahaja.. :)
Bila aku dah tade nanti..
jangan lah lupa aku
Bila aku dah jauh nanti..
Ingat2 lah aku..
haha
kalau ada orang buli kau lagi.. kau kena la STAND UP !
and sepak orang tu ke. haha
jangan kasi peluang dah.. jangan biar diri kau dibuli
kau x lemah kan.. :)
adek aku sorang ni kena la kuat.. hahah
sebab
lepas ni aku dah ada kehidupan aku sendiri
kau pun sama
ehh !
bila aku cakap macam ni.. bukan bermaksud aku dah tamao conx kau lagi..
cuma aku nak ingatkan kau..kat dunia luar nanti dah tade sape nak protect kau
U are all on your on.. okeyh ?
SEMOGA BERJAYA UNTUK SEGALA APA YANG KAU LAKUKAN .. :)
take care SAHABAT.. ;)

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

Itu ungkapan paling sesuai untuk kita semua kan?
Macam Lidah.. Adek beradek ni ada la part-part dia..
mungkin kau di 'masin'..kau di 'manis' ..dan yang lain2 jugak..
kalau satu takde.. semua susah..kan?

Kadang2 yang tergigit tu terluka..
Yang lain akan datang tolong..
dan macam tu lah seterusnya..

Bila sorang susah..semua susah
Lidah ada pelbagai rasa..
Macam tu jugak kita
ada pelbagai ragam

Allah jadikan kita lain-lain setiap orang
kadang2 kita terluka
kadang2 kita melukakan
kadang2 kita dilukai
kadang2 kita mengubati

dan apabila kita melukai
kita minta maaf
dan korang terluka
yang lain akan datang tolong
kan?

Dengan pelbagai ragam jugak kita melengkapi
Dengan pelbagai ragam jugak kita hebat
Dengan semua tu kita kuat
Dengan semua tu kita dah tak perlukan orang lain

Pernah dengar tentang bahagian lidah yang manis mempergunakan lidah yang pahit?
TAK ! kan?
Macam tu la jugak kita..
Kita takde perasaan dipergunakan
Kita takde perasaan dipinggirkan
Kita takde perasaan saling tikam belakang

Sebab kita adalah KITA !
yang bermaksud sekumpulan manusia dan bagi aku:
KITA adalah sekumpulan kawan yang sangat akrab
KITA adalah sekumpulan kawan yang sangat sekepala
KITA adalah sekumpulan kawan yang saling melengkapi

Jadi.. tolong.. jangan lah kita putuskan persahabatan KITA ni ..
apa-apa masalah.. walau sebesar mana..walau sesukar mana
KITA akan cuba selesaikan BERSAMA okeyh?

dan KAWAN,
Perhubungan kita bukan habis di SMK sahaja oke?
Air dicincang kan tak akan putus..
Inikan pula KITA
Jadi kalau lepas ni tergigit lidah
chill .. :))




P/S :Ditujukan Khas kepada SAHABAT-SAHABATku.. :)

PENGAKHIRAN




ALHAMDULILLAH
Dah habis dah pembebanan selama  11 tahun belajar di sekolah rendah sampai la sekola menengah !


HOOOORAAAYYYY !!!! =))
sebab tak boleh ekspresi depan korang..aku lepaskan dalam ni sahaja
itu lah yang aku cuba ucap waktu keluar dewan..tapi nampaknya kena jaga adab sebagai pelajar kelas depan!
Haiyoo ! so hard to live with all this protocols ! 


YIIIIIIIPPPPPPPEEEEE !!! :D
aku rasa happy bila aku tengok semua kawan-kawan aku tersenyum sampai pipi...
happy nye bila dah habes exam !!
aku happy jugak tengok korang


YEAAYY - YEAAYY !!
Aku rasa nak melompat tinggi -tinggi !
kalau awan itu bisa dicapai.. aku dah lama terbang kat situ.. sambil jelir lidah kat orang bawah !
*jelir lidah !  :P

Selain semua reaction tu
ada juga yang mengalami short-term memory lost
Bila aku tanya apa itu Sejarah,Biology,Physics,Chemistry
dorang akan response dengan..
uhhh~~
ouhhhh~
haaaa~
Maaflah..kami dah lupa apa2 yang berkaitan dengan SPM
Otak sudah terasa sangat ringan!
OUH YEAH !
X)






Apa yang aku rasa sekarang?
aku rasa nak lompat tinggi2 !! tapi ASWAD ! mana CAMERA ? haha
aku rasa nak bawak keta laju2 !! tapi AIMAN ! mana PEN ? haha
aku rasa nak makan banyak2 !! tapi PEROT ! asal ko KENYANG cepat ? haha
aku rasa nak jerit kuat2 !! dan itu sudah DILAKSANAKAN dengan jayanya !!
akibatnya..aku sudah hilang suara.. Ouh damn it!
:))


Dan untuk kawan2.. aku sebenarnya nak jumpa korang seorang demi seorang ..
aku nak bagitahu...


TERIMA KASIH :

SUDI JADI KAWAN AKU
TAHAN DENGAN KERENAH AKU
TIDAK TINGGALKAN AKU DALAM AKU KESUSAHAN
JADIKAN AKU SEBAHAGIAN KELUARGA KORANG
MENGAJAR AKU ERTI SEBUAH KEHIDUPAN
MENCORAKKAN ZAMAN PERSEKOLAHAN NAN INDAH


Sesungguhnya korang adalah THE BEST !
korang je tatao.. tapi AKU TAHU ! :)
Dan korang adalah yang terbaik ! 
Bila dah keluar sekolah..kita dah menjalani hidup masing2..
Jadi,jangan korang kecundang di luar sana !
Kita ANDALASIANS ! X))
kita boleh survive dalam apa jua condition !!
BRING IT !! 
haha..Once Andalasians,always will be.. :)


Dunia ni kecik..
Putar sana..Putar sini..
Kita akan jumpa balik..jangan risau
Jadi jangan ingat ini adalah hentian persahabatan kita semua..
kerana Allah itu Maha Mengetahui.. 
Someday,we will be meet again.. mana la tahu ada yang kawen antara kita jugakk.. :)
Who knows rite?


Insyaallah
Insyaallah
Insyaallah
Alhamdulillah


Hubungan Kita kekal hingga Akhir Hayat
sekian.
sampai berjumpa lagi..