Itu ungkapan paling sesuai untuk kita semua kan?
Macam Lidah.. Adek beradek ni ada la part-part dia..
mungkin kau di 'masin'..kau di 'manis' ..dan yang lain2 jugak..
kalau satu takde.. semua susah..kan?
Kadang2 yang tergigit tu terluka..
Yang lain akan datang tolong..
dan macam tu lah seterusnya..
Bila sorang susah..semua susah
Lidah ada pelbagai rasa..
Macam tu jugak kita
ada pelbagai ragam
Allah jadikan kita lain-lain setiap orang
kadang2 kita terluka
kadang2 kita melukakan
kadang2 kita dilukai
kadang2 kita mengubati
dan apabila kita melukai
kita minta maaf
dan korang terluka
yang lain akan datang tolong
kan?
Dengan pelbagai ragam jugak kita melengkapi
Dengan pelbagai ragam jugak kita hebat
Dengan semua tu kita kuat
Dengan semua tu kita dah tak perlukan orang lain
Pernah dengar tentang bahagian lidah yang manis mempergunakan lidah yang pahit?
TAK ! kan?
Macam tu la jugak kita..
Kita takde perasaan dipergunakan
Kita takde perasaan dipinggirkan
Kita takde perasaan saling tikam belakang
Sebab kita adalah KITA !
yang bermaksud sekumpulan manusia dan bagi aku:
KITA adalah sekumpulan kawan yang sangat akrab
KITA adalah sekumpulan kawan yang sangat sekepala
KITA adalah sekumpulan kawan yang saling melengkapi
Jadi.. tolong.. jangan lah kita putuskan persahabatan KITA ni ..
apa-apa masalah.. walau sebesar mana..walau sesukar mana
KITA akan cuba selesaikan BERSAMA okeyh?
dan KAWAN,
Perhubungan kita bukan habis di SMK sahaja oke?
Air dicincang kan tak akan putus..
Inikan pula KITA
Jadi kalau lepas ni tergigit lidahInikan pula KITA
chill .. :))
P/S :Ditujukan Khas kepada SAHABAT-SAHABATku.. :)

No comments:
Post a Comment