Monday, August 23, 2010

Kisah Yang Baru

HEY


Saya dah tak akan minta awak buktikan lagi
Saya akan duduk diam-diam di sini..BERSABAR... 
seperti apa yang awak lakukan
Saya dah tak akan mengomel tentang betapa saya inginkan perhatian..
Saya akan memahami awak...

Yea..saya akan lakukan semua tu..untuk awak

Insan yang buat saya tak tidur malam
Insan yang buat saya tak ada selera makan
Insan yang buat saya boleh hilang fokus sekelip mata
Insan yang saya dah bagi dunia saya padanya..

Semuanya saya lakukan supaya awak sayangkan saya.. 
MAAFKAN SAYA OKEYH ?

Saya mengaku saya bukan seorang teman yang baik..tak faham-faham awak walaupun dah lama kita kenal..
TAPI !
berikan saya MASA ....
sekian,

Wednesday, August 18, 2010

Tolong Fahami Lelaki

DISINI AKU AKAN TERANGKAN SERBA SEDIKIT TENTANG PERILAKU LELAKI YANG WANITA PERLU TAHU
WALAUPUN BUKAN SEMUANYA TEPAT

  • Jika lelaki dah boleh ingat tarikh lahir korang-tarikh korang kenal-kenangan pahit manis-bila korang gaduh..tu tandanya anda wanita istimewa di hati dia
  • Bila korang sedang berbual..dan mood kami bertukar bengang..tiba-tiba dia suruh anda tinggalkan dia...sebenarnya dia nak anda masih setia bersama dengan dia..dengar apa masalah dia
  • Bila dia tengah diam lepas anda cakap sumthing yang menyakitkan hati dia..bagi dia masa nak cool dulu..baru pujuk..kalau tak,anda akan buat api marah dia lagi marak..
  • Lelaki TAK perlukan seorang lagi IBU ! kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia..tak mustahil anda akan ditinggalkan
  • Kalau anda nak menangi hati lelaki...rapatlah dengan mak dia,keluarga dia,kawan2 dia..jadi dia akan melihat anda boleh menerima dia seadanya
  • Jika anda tengah merajuk..then dia call anda..tapi anda x angkat..jangan lebih dari 5 kali..rata-rata lelaki akan stop call untuk pujuk lepas panggilan ke-5 yang x diangkat..dia akan beranggapan..'alahh..esok oke lah..' jadi kalau korang jenis yg nak dipujuk cepat..angkat la..
  •  Lelaki akan rasa terancam kedudukannya(sebagai pasangan anda) apabila anda berhubung dengan lelaki lain selain dirinya..bukanlah sebab dia tak percaya pada anda,tapi dah sifat semulajadi lelaki akan PROTECT apa yang dia sayang...walaupun mungkin bagi anda,lelaki(lain) tu hanya kawan je..tapi dia tak akan duduk diam..Bukan sebab dia nak mengongkong..tapi dia lebih bersikap berjaga-jaga..dan ini semua kerana dia sangat sayangkan anda..
  • Lelaki tidak suka kepada perempuan yang merendahkan orang lain
  • Lelaki tak suka kepada perempuan yang tergila-gilakan dia..baginya,biarlah timba cari perigi..bukan PERIGI CARI TIMBA 
  • Definisi CINTA bagi lelaki berbeza bagi setiap orang..
  • Lelaki mengalami masalah untuk mengucapkan kata CINTA depan2 anda(wanita)..walaupun dalam mesej,Call..dia berani..tapi tengoklah..bila depan2..kaku habis!! melainkan dia betol2 maksudkannya..
  • Lelaki memandang wanita dari segala sudut..dari tarikan seks,emosi,rohani,jasmani dan sebagainya
  • Bila keluar date..elakkan bagi beg-tangan anda (wanita) dipegang/bawa oleh lelaki..sebab dekat sini hilang sifat kejantanan dia..and ini dah mula menampakkan yang anda adalah seorang yang suka mengawal pasangan
  • Lelaki suka mengejar perempuan yang 'PLAY HARD TO GET!'.. bagi mereka..itu satu cabaran untuk mendapatkan anda..jadi bila dah berjaya memenangi anda..anda akan lebih dihargai .. 
  • Lelaki juga MENANGIS
  • Lelaki juga amat MEMENTINGKAN PENAMPILAN
  • Lelaki juga amat menitikberatkan soal penjagaan RAMBUT
  • Bila anda ajak keluar date..mereka memberi alasan..'ada hal dengan mak(atau nama adek bradik-sedara mara permpuan) I ' maknanya..memang dia ada hal dengan MAKwe dia lagi satu..jadi,siap sedia untuk menyiasat
  • Jangan menggunakan perkataan 'kau-weyh-hoi-dowhh' dengan buah hati(lelaki) anda..dia amat sensitif tentang perkara ini..
  • Jangan melayan lelaki(teman anda) sama seperti anda melayan kawan-kawan lelaki yang lain kerana dia akan merasakan bahawa dia tidak ada apa-apa keistimewaan apabila bersama anda kerana anda melayannya macam kawan biasa..jadi,dimana letaknya istimewa itu?

Rata-rata dari anda akan mempersoalkan artikel ini tapi inilah yang sebenarnya berlaku..kalau tak percaya..buka mata,buka minda.. SEMOGA KITA DIRAHMATI ALLAH
sekian.

Monday, August 16, 2010

MAKHLUK HALUS ITU ADA..edisi JIN !

Tanggal 16 Ogos 2010

Hari ini tiada yang lain dari yang biasa..
Kelas dijalankan seperti biasa..ouh ye! aku perasan sumthing~
hari ni ramai yang menggunakan/memakai benda2 baru..
contohnya..
SAW MEI SANG-beg skola baru
SASHA-tudung baru
DIYANAH-glasses a.k.a spek-mata baru

Jadi,semuanya hanya biasa-biasa saja hari ni..seperti biasa jugak..kitaorang mengantuk dalam kelas puan.ALAMAK..(dia oke dude~! cuma kami je yang problem sket!)
dan SEGAR bila habes waktu sekolah...menyanyi2 akuh ! ;))

Kemudian,kami pun bertadarus di surau..hari ni sikit je..4 orang
mana ntah geng2 yang lain?kasi nama je tapi x muncul
tapi waktu tadarus agak mengantuk lah tapi aku tahankan mata
kami stay sampai semua dah balik..tinggal aku-muse sahaja...
kitaorang tunggu aiman datang untuk buat mural...romaizatul ke bilik majalah...

Beberapa seketika,musa tinggalkan aku sorang2 dekat surau..dia ke tandas
aku malas nak ikut..aku baringlah sorang2 depan kipas..perot tengah memulas..malas nak bangun
Tengah sorang2 tu..aku merayau jap keliling surau..lepas tu,aku pun baring la balik..
'aihh~ lambatnya dorang ni.. '
tiba-tiba..aku dengar ada bunyi kerusi diangkat-dialihkan..aku diam je..'maybe makcik RAMSA nak solat kot..ehh,bilik wudhu' kunci..jap2,aku bukakkan...'
bila aku sampai kat sana.. 'ehh,tade sape?bilik wudhu' kunci..' jadi aku baring lah balik..perasaan aku je kot..
tiba-tiba aku dengar lagi bunyi yang sama..kali ni aku diam je,tiba-tiba dengar macam bunyi kereta sorong(yg tmpat letak LCD dalm bilik surau tu) digerakkan..aku pun bangunlah..duduk kat tingkap..berlagak cool la konon..bunyi2 lagi..aku tros keluar tnggu aiman kat kantin..aiseyhh~

Tak berapa lama pastu aiman pun datang..aku gitao dia..hahaha
saje minta pendapat..then,muse pun dtang dengan romaizatul sekali..jadi kitaorang pun start lah mural...
dah berapa lama lepas tu..aku terfikir.. 'ehh,bilik surau dalam tak kunci lagi,japgi bdak2 petang turun solat dorang gi geledah plak dalam tu..baik aku kunci..'
jadi aku pun masuk la dalam surau..pegi kunci..1st,bilik azan..'TAKK !!' ..kunci sudahh~~ :)
2nd..bilik invemtori 'TAKKK !!'..kunci sudah..dengan hati yang senang aku pun pusing lah nak sambung mural..tak sampai beberapa langkah dari pintu tu..tiba-tiba.. 'TAKK !!' ..bunyi kunci terbukak !
aku pandang sekilas lalu je pastu terus blah..waktu ni memang bulu roma dah meremang dah..
sampai dekat tmpat mural tu..aku dduk jap..fikir-fikir
'tadi aku dah kunci..macam mana boleh terbukak balik?ada orang bukak dari dalam?tadi mana ada orang dalam bilik tu.. '

Kemudian..aku pun bukak la cerita dengan aiman-romaizatul-musa..selepas tu,aku buat konklusi..
mungkin itu JIN.. ISLAM atau TAK aku tak tahu...mungkin JIN ISLAM kot sebab dalam surau kan?
kata aiman..sepatutnya kau bagi salam.. 'ASSALAMUALAIKUM' tengok,dia jawab tak..
haahhaaha...aiman,aku tak berani lah nak tunggu dia jawab salam aku..walaupun hakikatnya 'dia' adalah saudara aku.. :)

Kesimpulannya...mungkin dia nak memberitahu kewujudan dia dekat situ dan secara tak langsung tegur kita(pengguna surau sekolah) supaya khusyuk dalam menunaikan solat..

Itu sahaja yang dapat aku kongsi..pengalaman yang menarik sebagai pembukaan bulan ramadhan aku.. :)

sekian.

Sunday, August 15, 2010

MACHINE MADNESS !

Kisah bermula di kediaman rumah lorong sri damak 15,
dimana keluarga encik wahid tinggal..
sebelum kedatangan ramadhan..mak-abah pegi membeli oven-cooker yang baru..
sebab yang lama suda rosak..
x kesa lah..tapi nampaknya kedatangan oven tu disertai bersama MICROWAVE !!

yeah... MICROWAVE~
remember the name..


MICROWAVE MACHINE
kalau korang peminat filem sci-fiction..pasti korang tahu tentang cerita terminator and transformer.. ?
yeah..MM(microwave machine)
sejak dia ada kat rumah ni..penggunaan dia telah melebihi yang sepatutnya..
mak says : 'PANASKAN LAUK!!'
teeya says : 'BUAT SPAGHETTI DALAM TU LAH!'
syada-azhad says: 'PIZZA SEDAP MAKAN PANAS2! PANASKAN!'
abah says : 'ROTI JOHN TU DAH SEJUK..PANASKAN!'

the MAIN function is for panaskan..in a short period of time..x dinafikan memang menjimatkan masa..TAPI !
like puan Tan(physics teacher) said 'EVER HEARD OF MICROWAVE? IT DIDNT GOOD FOR OUR HEALTH ACTUALLY..BECAUSE IT ACTUALLY MAKES THE PARTICLE IN THE FOOD VIBRATES(GIVES MORE HEAT ENERGY)..THUS,THE FOOD WILL BECOME 'COOK!' ..IT EXPLAINS WHY ONLY THE DISH IN THE MICROWAVE ARE HOT BUT NOT THE MICROWAVE.. '

it was amazing that i could remember all the words given..
hahah,the point is...the MM is not good for ours..the HUMAN RACE
kalau guna sekali sekala tak mengapa lah..tapi kalau dah guna selalu..
boleh menjejaskan kesihatan lah..tadi waktu berbuka aku ada cakap sumthing pada family..it's a bit harsh but ..deal with it..
'PANASKAN LAUK SELALU DALAM MICROWAVE X ELOK LAH..MACAM KORANG MAKAN SAMPAH JE..DAH AR TADE NUTRIENT & SEGALA ZAT DALAM TU HILANG..MAKAN SAMPAH JE LA JAWABNYA..'
then,teya bersuara...'JAGA SKET AYAT KO..'
ouhh..oke..
then,aku pun blah..tape..tanggungjawab lepas !!
(fuhh~ rasa macam JOHN CONNOR! )

Disini aku ingin sertakan sekali 'wajah' penakluk minda umat manusia kita sekarang.. :))


BEWARE !


sekian, 

Wednesday, August 11, 2010

1st Day of RAMADAN (mine vers.)

Ramadan akhirnya tiba...
setelah Syaaban berlalu..
:)

Rasa-rasanya semua x sabar nak berpuasa kan?
Yelah..RAMADAN,bulan BERKAT,bulan RAHMAT,ALLAH menerima semua taubat hambanya..bukanlah bermaksud bulan2 lain,ALLAH x terima taubat..tapi bulan ini kan bulan UMAT..bulan umat islam membersihkan diri dari segala dosa dan noda.. :)

Sahur tadi,aku bangun macam biasa..well,sahur untuk pertama kali bagi tahun ni...korang faham kan perasaan aku?MENGANTUK GILA ! :)
tapi hari ni mencabar sikit..
aku demam kot..sahur tadi aku makan sikit je..
sakit tekak..sakit kepala..
lepas tu aku dduk tggu SUBUH...baru aku tido..
tak larat lah nak pegi sekolah..aiseyhh,dah la hari ni ada pertandingan tilawah al-quran
yang lain mesti marah..sorry ustazah,kawan2..aku memang x larat lah..
lepas subuh,aku tido then bangun pkul 10..kepala berpinar lagi ni..
almost doing nothing lah hari ni..
maen game je..teya pun suda marah aku..hohoho
sorry sis..aku pun nampak kau lebih dari 1 sebenarnya.. :D
well..petang itu,lepas mandi aku rasa lebih segar sikit !
ikot sudah pegi bazaar..ouh best !! banyak makann lah !! aku bukan la lapar sangat cuma gembira la dengan suasana kat bazaar tu,haha
cuci mata sekali lah..dah terperuk dduk rumah sehari suntuk !
heheh
bukak puasa tadi sangat PUAS !! kejap lagi balik tarawikh aku sambung makan lagi !!
tunggu SERI MUKA-KUIH PELITA-MURTABAK
huhuh...
aku ingat hari ni nak pegi terawikh kat masjid..aswad kata nak amik
tapi hari ni mereka ber-2 pergi berniaga lah..
tapelah cam2...aku ke surau je..
itu sahaja...suatu ramadan ku yang pertama..
moga kita semua diberkati ALLAH SWT
bagi rakan-rakan seperjuangan SPM tahun ni !
rajin2 lah bertarawikh ye..
mana tahu jumpa malam LAILATUL QADAR.. INSYAALLAH.. :)
amin
sekian.



Monday, August 9, 2010

10 OGOS 2o1o

Hari ini tarikh KERAMAT

Helo...aku ingat lagi
dengan tarikh ni lah kita jumpa utk pertama kalinya kan..dalam pertandingan sketsa SEJARAH tu?
menampilkan kmpulan form3 menentang Form4 ! :))
haha...korang menang tipis dengan 1 markah je lagi ! 
alahai~
sikit je tu..mksudnya sketsa kitaorng pun hebat lah ! hahah
Lepas tu...plot tu berkembang dengan sambutan MERDEKA !
korang buat persembahan sketsa korang.. BEST !!
tapi alamak !
kau terjatuh waktu lompat stage kan ??
lol ~
tu lah !!
seloroh sangat ! CARELESS !
kan dh jatoh !kesian kau,sampai lutut berdarah kan?
haiyyaa~
tapi pandai cover up ek..jalan terengsot2..haha
kau ni..sabar je lah..
dan sebenarnya..waktu tu aku dh start perhatikan kau.. :)
kau atas stage... GIRANG betul nyanyi lagu MERDEKA ek !
aku tgok je..aku tatao la kalu ko perasan aku pandang kau..
sebab waktu tu..ko kan ada hati kat kawan aku..jadi aku x mengharapkan lebih !
ingat lagi?lepas sketsa tu ko mintak no kawan aku..aku x kisah pun..memag totally tade feeling langsung kat kau..lepas tu,bila kawan aku dah tao yang kau tu tua setahun dari dia~
teros dia x layan !!hahah...maaf lah~
dia memang cerewet ttg kriteria awek yg dia suka !!
haha..secara x langsung kita rapat kan? sebab kita saling ktuk-mengutuk,perli-memperli,kongsi masalah,kenakan orang,usha2 orang...
hahah !
ingat pulak waktu latihan utk PERTANDINGAN KAWAD KAKI KEMUNCAK KOKO??
bole2 waktu kau jalan kau terjatuh dalam longkang kan??
KAHKAHKAHKAH!!!^^
macam mana tu?? hahah
tapi aku tahan gelak la! Cian ko~
padan muka kau..malas aku nak tolong..nanti orang lain nampak..biar lelaki tunjuk EGO sket !
lagipun,tu bkan 1st time kan?pandai2 ar bangun sendiri !
haha..
x berapa lama lepas tu.. kita dah start rapat.. kan?
sampai la aku confess pada kau..yang aku suka kau !
aku ngaku waktu tu aku maen tarik tali
'SEBENARNYA AKU DAH START SAYANGKAN KAU,TAPI KALAU KAU X RASA APA YANG AKU RASA,X PE.. AKU FAHAM
HAHAH..AKU CAKAP JE.. :)) '
lepas tu ..ko balas.. 'HEY...TUNGGULAH,MACAM MANA KALAU AKU KATA AKU PUN SAYANGKAN KAU?'
sejak tu lah...kita semakin rapat kan ??
sampai lah SEKARANG !





ehh..dah lama kan sejak hari itu berlalu??
DAMN~ i miss that thing.. :))
Girl...i just wanna tell u that i'm glad that i with u.. happy ANNIVERSARY for our 3rd years together !! 

XOXOXOXOXOXOX

Friday, August 6, 2010

JOM SELOKA(sekolah edition)

episode:THEY AWESOME !

Salam ku ini pembuka bicara
mohon simpang untuk berseloka
harap baca dan suka.. :)

kita mulakan dengan bismillah
mulakan dengan yang baca doa
suara orang nyanyi pun kalah..
sape lagi? aswad lah.. :)

Mama kami bernama CIKGU ROHAINIEZA
petah menasihati dan mencubit kami

selalu mengkantoi kami yang merayau
nampak dia mencicit lari
Kami mohon maaf segala kesalahan
Mohon berkat  ilmu yang diberi

Kelas ST2 ada Joker
bila dia ada semua ketawa
kemana shiekh ada aldha pun ada
nampak mama rohainieza menyorok tepi tangga..

kemudian kisah si azim
slalu di usha si amoi cina
nak tengok dia marah memang susah
senyum sentiasa trademark dia!

Kini masuk untuk yang hawa,
pertama kita ke si ketua
membebel kitaorang suka sekali
memperkenalkan si ain syafawani


Farahin senyap duduk di belakang
sentiasa ditemani tuan Sheikh
Tengok diaorang dah macam berkapel
menjadi gossip mama rohainieza


Si tinggi cantik dan lampai
untuk si Diyanah yang terkenal
berkawan dengan dia kena hati-hati
takut bertukar jadi langsuir ;)


Kemudian kita ke Hazirah,
pelajar baru ST2,
nampak si kaca-mata lari lah dia
yang si dia pun terpinga-pinga

Orangnya lawa bak model
Nak tunggu dia ketawa punyalah lama
kalau dah SI BASAH tu siapa lah lagi?
Mestilah si Yumi Shazwi

Seterusnya kita ke Borneo utara
memperkenalkan si Shasha Nursyafika
Pakwe memang keliling pinggang
Cukup dari STM sampai  ST2


Kemudian ada pula si kebal spotcheck!
bawak hp memang dah wajib
asal spotcheck mulalah gelabah
siapa lagi kalau bukan Fatin Adilah


Ika memang bersama Nisma
Duduk sama rendah
berdiri sama tinggi
itulah kawan sejati


Amira nama diberi
Kalau gelak,sakan sekali
Jangan dikacau lebih-lebih
HERO HINDUSTAN datang nanti


Orangnya senyap diam sendiri
nak dengar suaranya mahal sekali
Orangnya sepet manis tak lupa
Suhaila si empunya nama


Kelas kita ada MAK BEDAH,
Asal berborak panggillah dia
Si Fatin Najeehah lah orangnya,
Gelak sakan TERlupa diri

 ada MAK BEDAH,adalah MEK TIPAH,
Cakap nya memang x boleh henti
Si Farahani si empunya diri
Tokey gosip utk ST2


Amalina memang si ulat buku,
menjawat jawatan si penolong kelas
Jarang didenda kelebihannya
Menjadi rujukan kalau tak siap homework


HABIS SUDAH SI HAWA ST-2
BERALIH CERITA PADA ST-1



kemudian masuk pda seorang jejaka
muka blur utk addmath je
malah tido dalam sejarah
kalau bawak kancil laju je..
siapa lagi?aiman lah.
masuk pula tentang si musa
jalan sentiasa tegak bergaya
kononnya cepat langkah
dia kan pemenang anugerah
pengumpul kad hijau terbanyak ;)

kemudian kita beralih pada calon imam muda
bersongkok selalu berbasikal ke sekolah
orangnya baek bersuara rendah
hakeem nama diberi si kecil cili padi

Orangnya jelas berwarna ungu
mengamuk selalu dah macam hantu
bergaduh dengan aswad memang pasti
siapa lagi kalau bukan rusaimi

Farah Nisha dan Hidayah sama gila
nampak senyap tapi tak centre
Tambah pulak dengan si Fifah
pantang gosip baru,dia lebih tahu

Calon imam muda datang berpasangan
iaitu calon ustazah muda dipasangkan
Hanisatul memang petah berceramah
kalau bab agama tak pernah kalah


Orangnya senyap tapi bersuara
Auranya kalah si SON GOKU
Muka tension menelaah buku
Personalitinya memang sukar diduga
Romaizatul empunya nama


Beralih pada si kucing siam
Sekali bersuara lantang sekali
berbisa itu jangan dicerita
kalau pandai cubalah teka !
TEET!! masa tamat !!
Ain lah orangnya ! 


Nadrah Izzaty nama diberi
Diam-diam ubi berisi
Isi dirujuk bukan untuk dirinya
tapi ilmu yang dia ada


Fouziah memang kurang bersuara
nak tengok dia marah memang susah
lebih banyak bagi reaksi
melatah-latah bila dicucuk


Pelengkap Naniro mestilah Nabeela
Sekali dia marah memang aku tension
Sekali dia senyum kawanku cair sudah
kalau nak berborak janganlah takut
New Nabeela memang peramah 

Akhirnya tiba masa untuk si PENCERITA
Namaku ASYRAF popular habis
kalau ada masalah aku tampilkan diri
menjadi penenang rakan taulan
Nama ku jangan dilupakan
Kerna korang akan ku ingat selamanya


Sudah habis rasanya SELOKA kelas ST
Kalau ada SALAH SILAP ku mohon sepuluh jari
Sebelum korang kasi Penyepak kaki
Lebih baik ku undur diri
Assalamualaikum Doaku dipohon
Agar persahabatan kita kekal selamanya


Sekian, :)